Oleh: 61 group
Pencemaran alam sekitar akan menyebabkan kesan yg negetif kepada kesihatan manusia dan juga ekonomi negara. Banyak negara maju dan membangun mementingkan kemajuan dan pembangunan fizikal untuk kesejahteraan rakyat, namun sedikit demi sedikit telah merosakkan alam sekitar. Kemerosotan kualiti air dan udara akibat pelepasan sisa toksid, asap beracun, sisa pepejal, penebangan hutan dan tumpahan minyak akan menyebabkan masalah kepada dunia.
Dasar Malaysia mengenai alam sekitar
1. Mencapai alam sekitar yg bersih, selamat, sihat dan produktif utk generasi kini dan masa depan.
2. Memelihara dan memulihara sumber asli dan warisan kebudayaan negara yg unik dengan penglibatan secara berkesan oleh semua pihak.
3. Menggalak cara hidup serta corak penggunaan dan pengeluaran yg sejajar dengan prinsip pembangunan mapan serta memastikan alam sekitar terjaga.
Faktor-faktor berlakunya pencemaran alam sekitar
1. Sikap tidak bertanggungjawab individu dan masyarakat - membuang sampah sesuka hati, membuang sisa industri, penebangan hutan dan sebagainya.
2. Penguatkuasaan undang-undang yang lemah - pihak penguatkuasa yang kurang tegas, mudah di tipu dan disuap dengan wang dan kekayaan, walaupun undang-undang sudah ada tetapi jika tiada pelaksanaannya maka sia-sia.
3. Terlalu menumpukan kepada pembangunan fizikal - akibatnya kita terpaksa mengorbankan alam sekitar demi mencapai cita-cita menjadi sebuah negara industri dan maju.
4. Kelalaian - kebocoran gas, tumpahan minyak dan penebangan hutan yg tidak terkawal adalah faktor kelalaian manusia. Tanpa disedari kita telah merosakkan masa depan sendiri dan generasi akan datang.
5. Kurangnya pendidikan - masih ramai yg belum faham dan tahu tentang betapa pentingnya alam sekitar kepada kehidupan kita. Mereka juga tidak tahu apakah akibatnya/kesannya kepada kesihatan kita.
Cara Mengatasi
1. Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan dan peranan alam sekitar dalam kehidupan manusia
2. Memberi pendidikan kepada masyarakat tentang bagaimana caranya menjaga alam sekitar.
3. Menjalankan penguatkuasaan yg lebih berkesan dan mengenakan hukuman yg lebih berat kepada mereka yang sengaja mencemarkan alam sekitar.
4. Tidak terlalu menumpukan kpd pembangunan fizikal semata-mata. Perlu beri perhatian kepada pembangunan sikap, ilmu dan penjagaan alam sekitar.
Rujukan Tambahan
http://www.geocities.com/RainForest/Canopy/3145/cara.html
No comments:
Post a Comment